Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan penuh rendah hati, kami pihak pengurusan Masjid Al Ehsan Sungai Pinang, ingin memohon sumbangan wakaf ikhlas daripada tuan-tuan dan puan-puan yang budiman bagi pembelian sebidang tanah bersebelahan masjid untuk kegunaan jangka panjang umat Islam di kariah ini.
Tanah tersebut amat penting untuk peluasan masjid, kemudahan parkir, dewan serbaguna dan aktiviti pendidikan Islam generasi akan datang. Kos keseluruhan pembelian tanah ini dianggarkan sebanyak RM900,000.00.
Justeru itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan wakaf daripada:
• Individu
• Keluarga
• Syarikat
• Badan korporat
• Dan seluruh umat Islam yang ingin menyumbang kepada saham akhirat
“Siapa yang membina masjid kerana Allah walau sebesar sarang burung, Allah akan membinakan untuknya rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)
Sumbangan anda adalah satu amal jariah yang akan terus mengalir pahalanya, selagi masjid ini dimanfaatkan.
Semoga segala sumbangan dan keikhlasan tuan/puan dibalas dengan keberkatan, kesihatan, dan rezeki yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Jazakumullahu khayran.