Masjid Kampung Kuala Dura yang berletak di Kuala Berang, Terengganu memerlukan RM 1 Juta bagi menampung kos pembinaan dan pengurusan masjid. Masjid Kampung Kuala Dura adalah pusat ibadah penting bagi komuniti Muslim di kawasan ini yang memerlukan pengembangan infrastruktur untuk meningkatkan kemudahan jemaah.
Latar Belakang Masjid Kampung Kuala Dura
Tempat dan ruang yang terhad di Masjid Kampung Kuala Dura ini menjadi kekangan utama untuk melakukan aktiviti dan program anjuran masjid secara optimal.
Keperluan Pembangunan Masjid
Oleh itu, dana sebanyak RM 1 Juta akan digunakan untuk urusan pembinaan bahagian masjid iaitu pembinaan Dewan Fardhu Ain dan Dewan Makan yang baharu. Pembinaan ini dapat menyumbang kepada kelancaran proses pengajian dan pengurusan masjid secara keseluruhan.
Dengan demikian, pihak pengurusan Masjid Kampung Kuala Dura mengalu-alukan jasa baik saudara saudari yang ingin turut serta menyumbang bagi melancarkan proses pembinaan bahagian masjid ini. Selain itu, pembinaan ini akan dapat memberi keselesaan kepada para jemaah masjid. Sumbangan wakaf anda untuk pembangunan masjid adalah amal jariah yang berkelanjutan.
Senarai Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Untuk merealisasikan projek pembangunan ini, antara barangan dan keperluan yang diperlukan termasuklah:
- Batu bata
- Simen
- Besi
- Tiang
- Atap
- Mozek
- Kipas
- Alat penghawa dingin
- Karpet
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ
Maksudnya: Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan.
(Surah Al-Ma’idah, ayat 2)
Manfaat dan Kepentingan Wakaf Masjid
Setiap sumbangan yang dihulurkan akan menjadi saham pahala yang amat bernilai bagi para penderma. Untuk mempelajari lebih lanjut tentang pentingnya wakaf masjid, anda boleh merujuk kepada pengertian wakaf dalam sejarah Islam.
Pilihan Paket Sumbangan
Pilihan Pakej Sumbangan:
A : SUMBANGAN DANA WAKAF MASJID (RM 300)
B : SUMBANGAN DANA WAKAF MASJID (RM 200)
C : SUMBANGAN DANA WAKAF MASJID (RM 100)
D : SUMBANGAN DANA WAKAF MASJID (RM 50)
Pakej E : SUMBANGAN DANA WAKAF MASJID (RM 30)
SUMBANGAN SEIKHLAS HATI
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Seseorang yang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid seperti Masjid Kampung Kuala Dura akan mendapat pahala yang berkelanjutan. Sebagai contoh, walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, namun Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.
Panduan Pembayaran dan Makluman Penting
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 0145443417 (UST FAIZUL)